Site icon Kool FM

Hukuman Mati Enam Penuntut UPNM Bunuh Zulfarhan Diganti Dengan Penjara 18 Tahun


Difahamkan, mahkamah mendapati elemen kecederaan mangsa menyebabkan kematian tidak dapat dibuktikan keraguan munasabah.

“Sehubungan itu, mahkamah memutuskan keputusan hakim Mahkamah Tinggi iaitu Seksyen 304A Kanun Keseksaan dan persubahatan dikembalikan, hukuman penjara 18 tahun dikekalkan,” kata hakim.

Pada 23 Julai tahun lalu, Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam bekas pelajar UPNM itu kerana membunuh Zulfarhan, selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan bagi menghidupkan semula kesalahan bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dihadapi mereka sebelum ini.

Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap semua enam pelajar itu, selepas mendapati mereka bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat membunuhnya.

Bekas pelajar itu, kini berusia 29 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di blok penginapan Asrama Jebat, UPNM antara 4.45 pagi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version