Pengarah Urusan MIG, David Teo mengesahkan bahawa mereka menuntut pelakon sensasi, Hun Haqeem untuk membayar ganti rugi sebanyak lebih setengah juta ringgit atau spesifiknya RM613,950.
Ini kerana berlaku pelanggaran kontrak oleh pelakon itu yang membuatkan MIG menganggung banyak kerugian.
David Teo menjelaskan bahawa pihaknya telah membuat rayuan di Mahkamah Rayuan pada 27 November yang lalu. Ianya selepas Mahkamah Shah Alam memutuskan bahawa kes ini selesai tanpa ada pihak yang menang atau kalah.
MIG berjaya dalam rayuan mereka dan Hun kini diminta membayar ganti rugi sebanyak RM 613,950 dengan syarat bahawa MIG kemukakan bukti-bukti kos kerugian.
Bukan itu sahaja, Hun diminta membayar balik RM 30,240, bayaran tunggakan kepada pelakon itu yang pernah mereka bayar kepadanya.
Difahamkan pelakon itu sudah melangsaikan kira kira separuh daripada wang tersebut.
Dipetik dari laman Oh Bulan, David Teo berkata: “Hun Haqeem diminta bayar ganti rugi berjumlah RM613,950…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: