Pelakon, Hun Haqeem mengakui dirinya tidak terkecuali daripada menyimpan impian untuk mendirikan rumah tangga sama seperti individu lain, namun menyerahkan soal jodoh sepenuhnya kepada ketentuan masa.
Artikel Berkaitan: Hun Haqeem Bakal Jalani Rawatan Lutut Selama Tiga Bulan – ‘Sakit Tak Boleh Bincang’
Jodoh di tangan Tuhan

Hun, 28, berkata perkara berkaitan jodoh bukan sesuatu yang mudah untuk dijelaskan kerana melibatkan banyak faktor termasuk kesiapsiagaan diri.
Saya pun tertanya-tanya juga (jodoh), tapi ia satu perkara yang sukar untuk diberitahu. Terutama soal jodoh, siapa saja tak nak kahwin. Saya juga salah seorang nak kahwin. Sudah tentu saya ada juga terima soalan bila nak kahwin.
Tambah Hun lagi, pertanyaan mengenai jodoh sering diajukan oleh ahli keluarganya, namun bukan bertujuan untuk mencampuri urusan peribadi, sebaliknya sebagai tanda keprihatinan.
Keluarga saya sangat penyayang, jadi mereka akan tanya khabar dan bila nak kahwin. Tapi mereka tanya bukan sebab sibuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: