Pelakon Hun Haqeem mendedahkan bahawa sebelum bergelar pelakon, dia pernah menyimpan impian untuk menjadi seorang penyanyi.
Hun Haqeem nak jadi penyanyi

Ketika ditemui oleh OhBulan!, Hun atau nama penuhnya Haqeem Hermy, 27, berkongsi tentang minatnya terhadap muzik sejak kecil.
Impian nak jadi penyanyi tu sentiasa ada. Apparently saya memang tak jauh dengan muzik. Malah, salah seorang adik saya, main gitar dan pernah berada dalam sebuah band.
Jadi kami memang selalu bermain muzik di rumah, kadang-kadang tutup TV dan just main muzik sama-sama.
Hun juga memberitahu bahawa dia boleh bermain gitar, menjadikan muzik sebagai salah satu aktiviti harian bersama keluarga.
Dia menambah bahawa minat itu timbul kerana pengaruh muzik band Indonesia, Radja, yang kerap didengarnya ketika zaman persekolahan.
Masa sekolah dulu semua orang cakap nak jadi bomba, doktor, arkitek. Saya cakap nak jadi penyanyi. Mungkin sebab masa tu saya tengah suka satu band, Radja.
Kami selalu dengar kaset Radja dalam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: