
PETALING JAYA – Selepas kejayaan membawa kapal persiaran Costa Serena pada tahun 2024 diikuti MV Piano Land tahun lepas menjadikan Pelabuhan Klang sebagai ‘home port’, kini Hwajing Travel & Tours Sdn. Bhd. (Hwajing Travel) menantikan kehadiran kapal persiaran Adora Meditteranea ke Malaysia menjelang akhir tahun ini.
Ia adalah inisiatif ketiga syarikat membawa kapal persiaran antarabangsa berlabuh di negara ini dalam usaha syarikat menjadikan percutian di atas kapal lebih mudah diakses oleh pelancong tempatan dan juga serantau.
Usaha ini juga bersempena ulang tahun ke-37 Hwajing Travel dalam industri pelancongan ini.
Pengarah Urusan syarikat, Kenny Cheong berkata, pihaknya berbesar hati diberi kepercayaan oleh Adora Cruises untuk membawa jenama kapal tersebut sekali gus membuat pelayaran luar negaranya yang pertama.
Menurut beliau, ini mencerminkan kekuatan sektor kapal persiaran China yang semakin berkembang dan komitmen bersama untuk membangunkan pasaran…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: