Site icon Kool FM

Hydro Coco diedar percuma kepada penerima vaksin


PETALING JAYA – Kalbe Malaysia Sdn. Bhd. (Kalbe), syarikat pengeluar minuman Hydro Coco, terus aktif mempromosikan khasiat minuman air kelapa kepada lebih ramai masyarakat khususnya kepada golongan muda.

Salah satu inisiatif yang dijalankan adalah melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan mengedarkan Hydro Coco secara percuma kepada penerima vaksin dan barisan petugas hadapan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) baru-baru ini.

Ketua Kawasan, Segmen Pengguna dan Minuman Kalbe, Rashid Ibrahim berkata, seba­nyak 1,200 pek minuman ­Hydro Coco disediakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mega tersebut.

“Masyarakat tidak boleh menafikan khasiat air kelapa ke­rana ia dapat membantu me­ningkatkan tahap kesihatan diri secara semula jadi.

“Ketika pandemik Covid-19, kita digalakkan minum air kelapa, sehubungan itu, melalui program CSR ini, kami akan dapat membantu penerima vaksin untuk mengurangkan gejala demam (bergantung kepada individu)…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version