Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Hypercar EV BYD Pecahkan Rekod Bugatti

today21 September 2025

Background
Hypercar EV BYD Pecahkan Rekod Bugatti


Syarikat kereta elektrik (EV) terkemuka global, BYD mengumumkan sub jenama kereta EV berprestasi tinggi mereka, YANGWANG telah memecahkan rekod Bugatti.

Menerusi hantaran rasmi di media sosial BYD, model YANGWANG U9 Xtreme berjaya mencatatkan kelajuan maksima 496.22km/j, mengatasi model Bugatti Chiron Super Sport 300+ (490.48km/j).

Baca Juga:

Kemampuan hypercar EV itu diuji di fasiliti ATP Automotive Testing Papenburg (ATP Papenburg), Jerman pada 14 September lalu.

Kereta tersebut dipandu oleh pemandu profesional, Marc Basseng.

“Di ATP Automotive Testing Papenburg, YANGWANG U9 Xtreme telah menulis semula buku rekod dengan muncul sebagai kereta produksi terpantas di dunia.

“Ini lebih daripada sekadar memecahkan had. Ia tentang mentakrifkan semula imaginasi melalui penerokaan perkara yang belum diterokai. Era baharu prestasi bermula di sini,” kata BYD.

YANGWANG menyatakan kereta tersebut bukan sekadar memecahkan rekod dalam satu dimensi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

KL City cari penawar luka

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City (KL City) FC akan hadir dengan semangat juang tinggi untuk memburu kemenangan ke atas Brunei DPMM FC di Stadium Hassanal Bolkiah, esok.

today21 September 2025