Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Hyundai Promise permudahkan jualan kereta terpakai

today10 August 2021

Background


PETALING JAYA – Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) me­lancarkan program kenderaan terpakainya, Hyundai Promise Approved Used Car Programme (Hyundai Promise) yang memberikan perkhidmatan lancar dan boleh diyakini dalam menukar dan membeli kenderaan terpakai Hyundai.

Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, kenderaan yang dijual menerusi Hyundai Promise hadir dengan alat ganti tulen, enjin original dan telah melalui pemeriksaan ketat bagi memastikan ia berada pada keadaan yang optimum.

Menurut beliau, semua model yang ditawarkan bebas daripada sebarang kemalangan teruk dan didatangkan dengan waranti antara dua hingga lima tahun, bergantung kepada usia dan jarak perbatuan yang telah dilalui.

“Hyundai Promise menawarkan pelanggan perkhidmatan jualan penuh iaitu da­ripada membeli model Hyundai baharu pertama mereka sehinggalah menukar kenderaan kepada model lebih baharu pada kadar menarik,” katanya dalam kenya­taan.

Yuan Luang menjelaskan, Hyundai Promise adalah satu segmen…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post

Ekonomi

Penyertaan, bonus berganda untuk AmRewards

PETALING JAYA – Pemegang Akaun Simpanan-i AmWafeeq akan beroleh penyertaan berganda untuk simpanan mereka, berserta 31 penyertaan tambahan bagi setiap kenaikan RM10,000 baki purata bulanan dalam kempen AmRewards sepanjang Ogos ini menerusi AmRewards Booster Merdeka. Kempen AmRewards yang bermula dari 1 Januari 2021 sehingga 31 Ogos 2021 terbuka untuk semua pemegang akaun utama dan memegang Akaun Simpanan-i AmWafeeq aktif, bertujuan menggalakkan pe­lang­gan meningkatkan simpanan mereka. Pengarah Urusan Perbankan Runcit AmBank, […]

today10 August 2021