
PETALING JAYA – I-Berhad (I-Berhad) pemaju utama i-City melihat asas nilai hartanah sedang memasuki era baharu yang mana ia terdorong kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan robotik dalam kehidupan seharian.
Ia adalah satu pembolehubah baharu muncul dan boleh dipercayai oleh pemerhati industri yang dapat menyaingi lokasi sebagai penentu nilai hartanah jangka panjang.
Pembolehubah itu adalah kesediaan AI dan pemaju bandar pintar itu telah membangunkan AI Living@i-City iaitu satu pembangunan yang diposisikan sebagai kediaman AI pertama di dunia, yang dibina khas untuk ekonomi di mana manusia dan mesin pintar tinggal dan beroperasi bersama.
Pengerusi I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong berkata, AI Living adalah langkah seterusnya dalam pelan induk pembangunan kediaman AI dan robotik pemaju, yang akan menyaksikan RM1 bilion disalurkan untuk mengintegrasikan teknologi canggih di seluruh perbandaran i-City.
“Apabila i-City bermula lebih 20 tahun yang lalu, idea ‘bandar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
