PETALING JAYA – Pemaju induk i-City, I-Berhad mengumumkan keuntungan sebelum cukai (PBT) suku tahunan tertingginya sebanyak RM26.8 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2025.
Ini menandakan satu lonjakan 74 peratus berbanding RM15.4 juta yang dicapai tahun lalu, manakala hasil direkodkan berjumlah RM81.3 juta.
Segmen Pembangunan Hartanah kekal sebagai pemacu pendapatan utama, merekodkan hasil RM42.1 juta, peningkatan 51 peratus tahun ke tahun didorong oleh pengebilan progresif daripada BeCentral Serviced Residences, di samping momentum jualan memberangsangkan bagi i-City dan 8 Kia Peng.
Segmen Pelaburan Hartanah pula menyumbang hasil RM6.8 juta, manakala segmen Riadah dan Hospitaliti mengekalkan trajektori menaik dengan hasil RM31.8 juta.
Secara kumulatif, bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2025, I-Berhad mencapai jumlah pendapatan RM205.6 juta dan PBT sebanyak RM53.4 juta, masing-masing merupakan pertumbuhan sebanyak 30 peratus dan 96…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
