Site icon Kool FM

i-City Finance jadi hab segitiga emas negeri Selangor


SHAH ALAM – i-Berhad (I-BHD) mahu menjadikan salah satu projek pembangunannya, i-City Finance Avenue (i-City Finance) sebagai hab pelaburan di kawasan segi tiga emas Selangor.

Ketua Pegawai Teknologi dan Pengarah Eksekutif i-City, Ricky Lim Boon Soon berkata, pusat terbabit mula dibina kira-kira lapan tahun dengan nilai pelaburan berjumlah RM1.5 bi­lion.

“Kita bina pusat perniagaan ini agar ia dapat menarik lebih banyak syarikat untuk membuka perniagaan di sini.

“i-City Finance Avenue memiliki tujuh buah bangunan yang merangkumi bangunan Mercu Maybank, hotel Double Tree by Hilton, Pusat Konvensyen Antarabangsa (ICC), pusat kediaman Hill10 dan BeCentral serta pejabat premium dan bangunan suite peruncitan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian i-City Finance di I-City di sini semalam.

Menurut Boon Soon, pusat tersebut yang berkeluasan 3.01 hektar itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada tahun 2025 dengan siapnya ICC dan pejabat premium serta bangunan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version