Kool FM

Ibu Aliff Aziz Papar Mesej Netizen Yang Terlampau Biadap


Ibu Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Bashaharil berkongsi tangkap layar seorang netizen yang melemparkan kata kata kesat ke atasnya.

Siti Hafiza seringkali menjadi kecaman netizen kerana dituduh menyebelahi anaknya yang kontroversi. Sebelum ini Siti Hafiza pernah menyahaktif seketika IG miliknya. Dan selepas itu dia kembali lagi selepas perceraian Aliff Aziz dan Bella Astillah.

IG dia seringkali diserang netizen. Dan ada yang bertindak melampau. Siti Hafiza menunjukkan bagaimana seorang pengguna IG menghantar mesej sangat tidak sopan kepadanya. Mesej itu bertulis: “Lah hidup lagi anak ba** an**** ni. Ingat dah mati dah. Mak cik anak ba** keturunan an**** bila nak mati?”

Siti Hafiza kemudian meletakkan kapsyen: “Alhamdulillah, inilah insan hebat, syabas tabarakallah menjadi baru*h yang tidak dibayar sangat sangat tidak berbaloi ya nak.”

Tidak lama selepas itu, perkongsian Siti Hafiza itu dipadam oleh Instagram kerana melanggar standard komuniti…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version