Baru-baru ini, tular kisah seorang remaja lelaki didakwa telah diabaikan oleh keluarganya sendiri di dalam satu kejadian di Pasir Gudang Johor.
Menerusi foto yang tular, ia memaparkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun terpaksa tidur di koridor flat di kediamannya.

Difahamkan remaja itu sudah beberapa hari tidak dibenarkan masuk ke rumahnya sehingga terpaksa mandi di tandas awam dan lebih teruk lagi perlu membuang air besar di kawasan tangga di premis flat berkenaan.
Jiran turut mendedahkan remaja itu merupakan anak yang baik walaupun dilayan sebegitu rupa, dia tetap menghadiri persekolahan pada setiap hari.
“Budak ni tak dibenarkan masuk ke dalam rumah dan hampir 3 hingga 4 hari tak balik. Ini bukan kali pertama dia dihalau tapi dah selalu sangat. Sampaikan dia buang air besar pun di tangga sebab tak boleh masuk rumah.
“Makan pun jiran-jiran yang bagi atas belas ehsan. Tapi ibu bapa dia buat bodoh je,”…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: