Demi mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah agresif dengan melakukan bermacam eksperimen dalam penghasilan silibus yang berkualiti di negara ini.
Namun tidak semua orang bersetuju dengan pendekatan baharu dan salah seorang ibu telah meluahkan rasa ketidakpuasan hati dengan tahap silibus matematik yang dipelajari oleh anaknya di bangku sekolah pada hari ini.
Dia mendedahkan rasa bengang dengan penggubal silibus dan menuduh mereka tidak mempunyai sifat empati kerana menyediakan skop pembelajaran yang kompleks buat anak di awal usia persekolahan.
“Saya merasa geram dengan penggubal silibus yang langsung tiada belas ehsan kepada anak kecil. Usia 8 tahun perlu menyelesaikan soalan darab, bahagi, pecahan dan perpuluhan, jisim dan isipadu, carta palang dan pelbagai rumus dengan soalan berbelit-belit,” luahnya.
Tambahnya lagi, dia yang dahulunya digelar juara matematik di sekolah rendah pada suatu ketika…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
