Kool FM

Ibu Dipuji Ajar Anak Berusaha Keras Dapatkan Wang Sendiri Untuk Beli iPhone


Setiap ibu bapa pasti mahu memenuhi segala permintaan anak mereka walaupun barangan itu mencecah ribuan ringgit. Namun, disebabkan itulah ada yang menjadi manja sehingga tidak tahu berdikari untuk mencari wang sendiri di kemudian hari.

Menerusi platform Facebook, seorang pengguna yang dikenali sebagai Liyana Chan berkongsi kisah anaknya berjaya mendapatkan iPhone idaman dengan hasil titik peluh bekerja pada setiap hari dan duit tabungan yang disimpan selama ini.

Difahamkan anak perempuannya telah bekerja menjaga kedai durian pada setiap hari. Puan Liyana mendidik anak perempuannya untuk berusaha keras untuk mencari duit sendiri kerana wang bukan mudah dicari.

“Sorry nak, terpaksa buat begini, sebab cari duit bukan senang. Perlu usaha tangga kejayaa. Jadi, apa yan damia mau kena usaha sendiri,” tulisnya di hantaran FB.

Sumber Gambar: FB Liyana Chan

Bagi dia, tiada istilah semudah mendapatkan sesuatu barangan dengan meminta sahaja terus dapat….

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version