
Ibu kepada pelakon, Elfira Loy iaitu Filzah Yusoff, 61, dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi Ahad.
Artikel Berkaitan: ‘Mohon Doakan Ibu Saya Yang Sedang Menjalani Prosedur Berisiko Tinggi’ – Elfira Loy
Al Fatihah


Khabar duka itu dikongsikan sendiri oleh Elfira menerusi hantaran di Instagram Story.
Dengan penuh dukacita, saya ingin memaklumkan bahawa ibu saya, Hajah Filzah Yusoff, telah kembali ke rahmatullah.
Jenazah arwah sedang diuruskan dan akan dibawa ke Masjid Al Mukhlisin Alam Damai. Waktu solat jenazah dan pengebumian akan dimaklumkan kemudian.
Dalam hantaran sama, Elfira turut memohon orang ramai menghadiahkan al-Fatihah buat arwah serta mendoakan keampunan dan kesejahteraan ibunya di alam barzakh.
Mohon sedekahkan al-Fatihah dan doakan agar Allah SWT mengampuni segala dosa arwah, menerima amal ibadatnya, melapangkan serta menerangi kuburnya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan dan kesabaran…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: