Menerusi perkongsian tersebut, seorang wanita telah meluahkan rasa kecewanya terhadap peniaga di perkarangan sekolah anaknya.
Difahamkan, pada awalnya dia menyangka anaknya telah membeli air di luar perkarangan sekolah. Namun, terkejut selepas melihat anaknya memegang mi segera yang diisi di dalam cawan plastik.
“Saya percaya ibubapa disini juga ada yg mengamalkan sistem ‘meggi cheat day’ dirumah, dimana hanya waktu tertentu dan yang dibenarkan sahaja baru boleh dimakan.
“Jika didepan sekolah peniaga menjual secara terbuka, apa lah gunanya pemantauan ibubapa dirumah? Bagaimana pula jika anak membeli tanpa pengetahuan ibu bapa kerana teringin?.
“Saya sangat berharap peniaga dapat menbantu atau memahami kami sebagai ibu bapa untuk tidak menjual meggi didepan sekolah,” tulisnya.
Namun, dia tidaklah bermaksud mahu menutup periuk peniaga berkenaan, malah hanya sekadar memberi nasihat kepada mereka untuk lebih peka dan bertimbang rasa.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
