Ibu kepada Muhammad Daniel Akmal Zulkhairi, 14, yang melarikan diri dari asrama sebuah sekolah menengah di sini kerana mendakwa tidak tahan dibuli, akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berhubung kejadian yang berlaku kepada anaknya.
Shuhada Jamaludin, 38 berkata pihaknya akan berbuat demikian selepas keadaan anaknya yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras, berada dalam keadaan stabil.

“Doktor berkata buat masa ini keadaan anak saya masih belum stabil dan perlukan rehat, selepas dia benar-benar sihat baru saya akan buat laporan polis tentang kejadian buli yang dialami anak saya. Saya mahukan keadilan untuk anak saya.
Buat masa ini saya tidak mahu desak dia untuk bercerita, saya tunggu emosi dan keadaan dia stabil dahulu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.
Menurut Shuhada anak sulungnya daripada tiga beradik itu sebelum ini itu pernah mengadu dirinya dibuli, namun beliau menganggapnya tidak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: