Site icon Kool FM

Ibu Maryam Ikut Berdoa – ‘Itulah Pengajaran Sebenar’

[VIDEO] Ibu Maryam Younarae Tadah Tangan Masa Doa Makan – ‘Perbuatan Lebih Bermakna Daripada Percakapan’


Hantaran pempengaruh Maryam meraih perhatian apabila dianggap memberi contoh secara halus kepada ibunya mengenai keindahan agama Islam.

Artikel Berkaitan: Maryam Younarae Niat Wakaf 50,000 Pasang Khimar Di Masjid Seluruh Malaysia & Korea Selatan

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelagat Rina Pesan Maryam Jangan Ikut ‘Pak Cik Jahat’ Comel Betul

Momen menyentuh hati

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Maryam Younarae dilihat sedang menjamu selera bersama ibu tercinta.

Pada video berdurasi hampir seminit itu, reaksi ibu Maryam meraih perhatian ramai apabila dia turut menadah tangan membaca doa makan walapun berlainan agama.

Susulan itu, Maryam menyedari contoh yang baik adalah pengajaran sebenar.

Dalam dunia yang penuh dengan nasihat dan teguran.

Hari ini saya belajar, perbuatan lebih bermakna daripada percakapan.

Tadi saya berdoa sebelum makan, mak berhenti dan letak sudu. Dia ikut berdoa.

Momen itu membuatkan saya sedar, teladan, itulah pengajaran sebenar.

Semoga diberikan hidayah

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber: