Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Selepas tularnya video wujudnya makam watak popular Upin & Ipin di Indonesia, seorang wanita dikenali sebagai Limiyadin telah tampil untuk bercerita kisah sebenar di sebalik kewujudan makam tersebut.
Limiyadin berkata makam yang dinamakan sempena karakter kartun Malaysia tersebut tiada kena mengena dengan siri tersebut, lapor Suara.com, semalam.
Limiyadin yang merupakan ibu saudara kanak-kanak tersebut berkata, keluarganya menamakan semula makam itu sekitar tahun 2000 selepas selesai kerja baik pulih.
“Jadi sekitar tahun itu, kami memperbaiki makam ini dan kedua orang tuanya tidak tahu memberikan nama apa. Salah seorang ahli keluarga memberikan idea untuk menamakan makam ini Upin Ipin,” ujarnya.
Dua kanak-kanak itu juga bukanlah kembar seperti yang dilaporkan sebaliknya abang dan adik yang meninggal dunia ketika kecil akibat penyakit misteri. Tarikh yang tertulis pada makam tersebut…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: