Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Ibu Tergamak Lempang Anak Sehingga Jatuh & Luka Di Depan Pasar Raya Kini Ditahan Polis

today12 February 2025

Background


Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8 malam Ahad lalu.

“Polis menerima laporan daripada orang awam berhubung perlakuan wanita berkenaan yang dirakam CCTV.

“Dalam video itu, suspek memukul belakang kepala kanak-kanak perempuan sehingga terhantuk di bucu bangku dan berdarah.

“Kejadian disyaki berlaku di hadapan kaki lima sebuah pasar raya di Jejawi, dan suspek direman bagi membantu siasatan,” katanya.

Tambah beliau, anaknya yang berusia lima tahun mengalami luka di bahagian kening kanan dan sudah menerima rawatan susulan selepas kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sementara itu, kanak-kanak itu kini ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Video tersebut tular di media sosial yang memaparkan seorang wanita memarahi anaknya sehingga kanak-kanak perempuan itu ditampar oleh ibunya berkali-kali. Tindakan itu menyebabkan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Nany Rahman


Previous post

Ekonomi

Penjenamaan semula Biossentials penuhi trend spa masa kini

Inisiatif pelancaran semula produk Biossentials yang diperbaharui dan di jenamakan semula dilihat dapat memberi manfaat kesihatan terbaik kepada pelanggan yang berkunjung ke spa milik Shangri-La Hotel Kuala Lumpur (KL) dan juga beberapa rangkaian hotelnya di seluruh negara serta bagi rakan perniagaan spa.

today12 February 2025