Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan ibu kepada Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf dipenjara lima tahun di Penjara Wanita Kajang selepas disabitkan kesalahan mengabaikan anaknya yang juga kanak-kanak autistik dua tahun lalu.
Hakim Dr Syahliza Warnoh memerintahkan wanita itu ke Penjara Wanita Kajang serta-merta selepas menolak permohonan tertuduh berusia 30 tahun untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi.
Baca juga: Ismanira Didapati Bersalah, Mahkamah Putuskan Ibu Zayn Rayyan Abaikan Anak…
IBU KEPADA ZAYN RAYYAN DIPENJARAKAN DI KAJANG HARI INI

“Tertuduh tidak mengemukakan sebarang alasan luar biasa yang boleh dipertimbangkan bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman,” jelas hakim ketika membacakan keputusan.
Suasana di mahkamah bertukar tegang apabila suami tertuduh, Zaim Ikhwan Zahari, dilihat melontarkan kata-kata kecaman sebaik keputusan dibacakan, menyebabkan anggota keluarganya terpaksa menenangkannya sebelum keluar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: