Site icon Kool FM

Icap laksana EGM Jumaat ini untuk DRP


PETALING JAYA – Icapital.biz Berhad (Icap), satu-satunya dana tertutup tersenarai di Bursa Malaysia akan melangsungkan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) secara maya pada Jumaat, 29 Disember ini untuk mendapatkan kelulusan pemegang saham bagi cadangan Pelan Pelaburan Semula Dividen (DRP).

Katanya dalam satu kenyataan, semua pemegang saham digalakkan mengundi untuk menyokong DRP memandangkan ia menyediakan saluran kepada pemegang saham untuk meningkatkan penyertaan mereka dalam saham Icap, sambil mengecilkan jurang antara harga saham dan Nilai Aset Bersih (NAB).

DRP yang dicadangkan akan berjalan selaras dengan dasar dividen Icap, yang digubal setelah bertahun usaha keras dan diperkenalkan pada 29 September 2023.

Dasar dividen Icap, yang pertama seumpamanya di peringkat global, tertakluk kepada keadaan pasaran dan ekonomi serta falsafah pelaburan nilai pelaburan.

Ia dirumuskan seperti berikut: Kadar Asas 1 peratus daripada NAB Icap sesaham, ditambah lapan peratus daripada perbezaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version