PETALING JAYA – Sebuah lagi hotel milik Iconic Penang Sdn Bhd (Iconic Group) iaitu Iconic Marjorie Hotel, Tribute Portfolio Hotel yang menjadi sebahagian daripada jenama unggul Marriott International telah mula dibuka kepada umum.
Hotel bertaraf lima bintang dengan 298 bilik yang terletak di Bayan Lepas, Pulau Pinang itu dibangunkan dengan nilai pelaburan sebanyak RM180 juta.
Bekerjasama rapat dengan Hirsch Bedner Associates (HBA), perintis dan pencetus reka bentuk hospitaliti, Iconic Group telah mencipta pengalaman seni bina dan falsafah reka bentuk yang unik yang mengangkat budaya Baba-Nyonya Pulau Pinang.
Hotel baharu itu bakal menyajikan pelancong dalam keindahan pulau yang menawan dan semangat pelbagai budaya, menggabungkan keanggunan abadi dengan gaya kontemporari.

“Kami bekerjasama dengan Marriott International untuk menampilkan hotel yang mampu mengangkat status Pulau Pinang sebagai destinasi bertaraf dunia bagi pelancong dan pelabur.
“Hotel ini bukan sekadar…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: