KUALA LUMPUR – Siapa sangka di tengah-tengah kemegahan projek mega dan menara kediaman bertaraf premium di segi tiga emas Kuala Lumpur, masih ada usahawan Bumiputera yang kekal berdaya saing berniaga di lokasi strategik berkenaan.
Di sebalik redupan pokok-pokok hijau yang tegak kukuh di Persiaran Stonor, Dahliati Aliruddin mengusahakan perniagaan kedai makan I’Dahlia Corner yang sentiasa menjadi pilihan peminat makanan ala kampung.
Wanita ini tidak gentar dengan cabaran mendatang, apatah lagi perubahan selera dan gaya hidup pelanggan yang lebih terdorong menikmati makanan di restoran diubah suai cantik, berhawa dingin dan berkonsepkan moden di pusat beli-belah terkemuka.
Namun faktor kehijauan, keredupan dan keharmonian kawasan di sekitar taman KLCC itu membuatkan ramai peminatnya bukan sahaja pelanggan beragama Islam, malah bukan Islam datang berkunjung.
Kini air tangan wanita ini tetap boleh dinikmati dalam bulan Ramadan melalui hidangan bufet yang ditawarkan restoran…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: