SHAH ALAM – Syarikat reka bentuk dalaman, IDW Design & Build Sdn. Bhd. (IDW) mengunjurkan perolehan mencecah kepada RM30 juta pada tahun ini.
Pengasas IDW, Lokman Hakim Ahmad Subki berkata, misi untuk mencapai nilai tersebut bersandarkan kepada jumlah projek yang diterima ketika ini, susulan pembukaan semula ekonomi negara sejak beberapa bulan lalu.
“Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, banyak projek pelanggan kami tidak dapat dilaksanakan, namun bersyukur kerana kebanyakan pelanggan tidak pernah meminta kami memulangkan wang tempahan yang telah dibayar.
“Pelanggan memahami situasi tersebut kerana bukan kami yang melengah-lengahkan tempahan mereka, tetapi keadaan ketika itu menyebabkan kami tidak dapat memulakan kerja,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Wisma IDW di Setia Alam di sini baru-baru ini.

Lokman Hakim menerangkan, hampir 90 peratus daripada tempahan yang diterima adalah daripada pelanggan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: