Kool FM

Iftar di tepi sungai Taman Rimba Templer


KUALA LUMPUR – Nikmat berbuka puasa pada bulan Ramadan pastinya lebih  bermakna jika dapat beriftar bersama keluarga dan rakan-rakan dalam suasana tenang dengan dikelilingi pohon hijau.

Bagi mengembalikan nostalgia berkenaan, pengendali Taman Rimba Templer, Selangor, Anugerah Camp tampil  mengadakan bufet iftar bermula dari 3 hingga 25 Ramadan ini dengan konsep berbuka puasa di tepi sungai.

Memilih bekerjasama dengan Riena Kitchen, bufet iftar di tapak perkemahan Anugerah Camp itu mengetengahkan konsep sajian tradisi dengan menampilkan kira-kira 60  menu yang pastinya mampu menggamit memori.

Pengurus Anugerah Camp, Farrah Fathma Saari berkata, pihaknya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Riena Kitchen bagi menganjurkan bufet Ramadan pada tahun ini.

Jelasnya, Anugerah Camp memilih  untuk mengetengahkan konsep iftar di tepi sungai sambil menikmati keindahan alam semula jadi di Taman Rimba Templer.

“Ini kali pertama kami menganjurkan bufet iftar di sini selepas diberi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version