Kool FM

IJMAL Perkenal ‘Nala Nana’, Kasut Serat Pisang Pertama Di Malaysia


Jenama kasut tempatan, IJMAL mencipta sejarah menerusi pelancaran koleksi terbaharu, Nala Nana, yang menggunakan serat pisang sebagai sebahagian daripada bahan pembuatannya.

Diasaskan oleh Burhanudin Yusof dan Faratihah Ibrahim, IJMAL yang kini memasuki tahun ke-11 terus komited menghasilkan kasut yang menggabungkan keselesaan, kualiti dan inovasi.

Pelancaran Nala Nana turut menjadi langkah terbaharu IJMAL dalam memperkasakan fesyen lestari melalui penggunaan bahan alternatif yang lebih mesra alam. Sebelum ini, jenama tersebut pernah menghasilkan kasut menggunakan serat nanas menerusi inisiatif kelestarian tahunannya, REIJMAL.

Sisa Yang Diberi Nilai Baharu

IJMAL Perkenal ‘Nala Nana’, Kasut Serat Pisang Pertama Di Malaysia

Menurut Burhanudin, koleksi itu membuktikan bahan yang sering dianggap sebagai sisa pertanian boleh diberikan nilai baharu melalui penyelidikan dan inovasi.

“Nala Nana bukan sekadar koleksi baharu, malah menjadi simbol bagaimana bahan yang sering dianggap sebagai sisa pertanian mampu diberi…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version