IKEA Malaysia mengumumkan semua cawangan di Lembah Klang akan ditutup awal pada 26 Februari, Rabu ini.
Menerusi hantaran Facebook IKEA Malaysia, operasi mereka ditutup awal pada jam 6 petang bagi meraikan kesemua tenaga kerja mereka.
Baca Juga:
“Hai pelanggan IKEA Lembah Klang, kami berharap anda menikmati pengalaman membeli-belah di IKEA setiap kali mengunjungi gedung kami.
“Kami suka menyambut kedatangan anda ke gedung kami sepanjang 365 hari setahun, demi mencipta kehidupan seharian yang lebih baik untuk ramai orang. Pasukan kami bekerja setiap hari untuk memastikan pengalaman membeli-belah dan menjamu selera anda lebih menyeronokkan.
“Pada 26 Februari 2025, kami ingin memohon maaf kerana gedung IKEA di Lembah Klang akan ditutup sedikit lebih awal pada jam 6 petang.
“Ini bagi membolehkan kami meluangkan masa untuk menghargai tenaga kerja kami dan dedikasi mereka setiap hari. Masa yang diluangkan bersama ini membantu kami memberikan lebih…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
