Menerusi perkongsian di Threads, seorang lelaki berkongsi tangkap layar seorang individu yang berkongsi pengalamannya ketika pertama kali membeli kereta.
Difahamkan, dia bekerja sebagai seorang jurutera dan baru sahaja bekerja. Menurutnya, dia ingin membeli kereta lokal pada awalnya, tetapi keluarga kemudian memberitahu agar dia memilih kereta berjenama Honda.
Bergajikan RM3,500 dia akhirnya membeli Honda berbanding pilihannya.
Malah, dia juga merasakan ‘sakit’ ketika hendak membayar roadtax, servis kereta dan yang lain-lain.
“I really menyesal beli kereta jenama H masa baru-baru start kerja. I actually nak beli Bezza tapi my family cakap takkan lah engineer pakai kereta lokal. Gaji pula RM3.5K
“Bulan-bulan baru RM1,000, i ingat still ada banyak balance untuk komitmen lain. But after dah start bayar, baru I rasa sakit. Service, roadtax, tayar botak semua ni on me,” luahnya.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: