PETALING JAYA – Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) telah meraikan pencapaian 19 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bumiputera yang telah berjaya memperkukuh prestasi dan melonjakkan perniagaan mereka melalui ILTIZAM Catalyst 2024, sebuah program teras di bawah tonggak keusahawanan ILTIZAM.
Pengerusinya, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan berkata, selama sembilan bulan, syarikat-syarikat ini telah melalui transformasi berstruktur dengan fokus kepada pengukuhan asas perniagaan melalui empat teras utama iaitu pengurusan kewangan dan pematuhan, penjenamaan dan pemasaran digital, adaptasi teknologi, dan pembangunan kepimpinan.
“ILTIZAM Catalyst membina ketajaman strategi, mengasah bakat, memperkukuhkan operasi dan tadbir urus, serta mendorong inovasi dalam daya fikir.
“Ia bukan sekadar program bimbingan tetapi ia merupakan sebuah ekosistem menyeluruh yang menyediakan ilmu, jaringan, keyakinan dan keberanian untuk mencipta peluang baharu,” katanya ketika berucap pada majlis…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
