
Imigresen FC secara rasmi menjenamakan semula kelab itu kepada Star City FC (SCFC) sebagai identiti baharu bagi menghadapi saingan Liga Super Malaysia musim 2026/2027.
Penjenamaan semula itu diumumkan pengurusan tertinggi IFC Corp yang menyifatkannya sebagai permulaan era baharu dalam usaha membentuk sebuah kelab lebih profesional, progresif dan berdaya saing di pentas bola sepak tempatan.
Star City FC akan terus menjadikan Alor Setar sebagai pangkalan pasukan dan kekal membawa aspirasi mewakili Kedah serta kawasan utara Semenanjung.
Daripada Imigresen FC Ke Star City FC
Perkembangan terbaharu itu disahkan menerusi kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.
“Pengurusan Tertinggi IFC CORP dengan penuh rasa bangga mengumumkan bahawa satu keputusan bersejarah telah dicapai secara sebulat suara untuk menjenamakan semula Imigresen Football Club (IFC) kepada STAR CITY FOOTBALL CLUB (SCFC), berkuat kuasa hari ini bagi menghadapi saingan Liga…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
