Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Kejadian banjir besar yang berlaku di beberapa tempat pada baru-baru ini telah menyebabkan setiap mangsa terpaksa menanggung sejumlah kerugian yang agak besar.
Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa industri insuran am berdepan dengan tuntutan berkaitan banjir yang dianggarkan antara RM2 bilion hingga RM3 bilion.
Memetik laporan Berita Harian, anggaran itu termasuk daripada tuntutan persendirian dan komersial yang berpotensi dan sebenar, berpunca daripada banjir kilat selain musim tengkujuh yang akan datang dalam beberapa minggu serta bulan akan datang.
“Disebabkan banjir teruk luar biasa seperti yang dilaporkan secara meluas di pelbagai tempat dalam negara ini, industri insuran am berpotensi menghadapi peningkatan sebanyak RM2 bilion hingga RM3 bilion jumlah pendedahan tuntutan berkaitan banjir,” kata pihak PIAM.
Tambah PIAM lagi, industri insuran…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
