Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Aktiviti Komuniti di Kool FM

Imunisasi Tambahan MR Secara Percuma!

today11 August 2025

Background

Campak bukan hanya sekadar demam dan ruam namun boleh meragut nyawa kanak-kanak melalui radang paru-paru, cirit-birit teruk, atau keradangan otak.

Berikutan peningkatan kes dan kematian yang melibatkan kanak-kanak belum divaksin, KKM kini menggalakkan pemberian vaksin tambahan untuk perlindungan menyeluruh.

Ia bukan saja melindungi anak anda, tetapi juga bayi kecil, wanita hamil dan mereka yang tidak boleh divaksin kerana masalah kesihatan.

KKM akan melaksanakan imunisasi tambahan MR secara percuma bagi kanak-kanak berumur enam hingga 59 bulan dari 4 Ogos hingga 12 Oktober 2025, yang lahir antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Januari 2025.

Anda boleh membuat janji temu suntikan melalui aplikasi MySejahtera atau hadir secara walk-in ke klinik kesihatan kerajaan.

Written by: Syafiqah Azelan


Previous post