Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

In Saff sasar 20,000 jemaah umrah bagi tahun baru Hijrah

today3 July 2025

Background


SEPANG – In Saff Travel & Tours Sdn. Bhd. (In Saff) me­ngunjurkan seramai 20,000 jemaah umrah yang akan menunaikan ibadah tersebut melalui beberapa pakej popular yang ditawarkan syarikat sepanjang tahun baru Hijrah.

Pengarah syarikat, Mohd. Fahmi Mohd Nawi berkata, nilai ini bertambah daripada jumlah umrah pada musim haji dan umrah sebelum ini yang melibatkan kira-kira 15,000 orang dengan penyumbang utama­nya adalah daripada pakej umrah bajet yang ditawarkan pada harga RM4,970.

Menurut beliau, pada awalnya syarikat menawarkan pakej umrah serendah RM4,970 adalah untuk membantu golongan tidak berkemampuan untuk menunaikan ibadah di Tanah Suci tetapi ia turut mendapat perhatian daripada golongan pekerja yang tiada kemudahan bercuti panjang oleh majikan.

“Kami berjaya mencapai KPI pada musim umrah tahun sebelum ini dan daripada hasil kaji selidik dan maklum balas berhubung operasi lalu, kami akan terus mengekalkan penawaran perkhidmatan terbaik kepada pelanggan serta…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post