
Seni pembungkusan sememangnya direka untuk memikat mata yang memandang. Namun, apabila luaran tidak mencerminkan isi sebenar, ia boleh memusnahkan kepercayaan pembeli dalam sekelip mata.
Kisah tular membabitkan sebalang tart nenas yang mempamerkan kuantiti ‘penuh’ dari luar tetapi realitinya jauh berbeza, mengundang rasa simpati netizen dan membangkitkan persoalan penting mengenai ketelusan urus niaga.
Bermula dari sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pelanggan yang meluahkan kekecewaan selepas mendapati kuih raya tart nenas yang tampak penuh di dalam bekasnya itu akhirnya terbongkar kuantiti sebenar apabila dibuka.
Pada awalnya, difahamkan anaknya membeli kuih raya tersebut untuk sambutan raya pada tahun ini memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk membuat kuih sendiri seperti tahun-tahun sebelum ini.
Berdasarkan visual yang dirakam, susunan padat yang dilihat dari luar rupa-rupanya hanyalah ‘kosmetik’ semata-mata….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: