Site icon Kool FM

Indium labur RM250 juta bina kilang di Batu Kawan


SEBERANG PERAI – Pulau Pinang menjadi destinasi pilihan untuk sebuah syarikat pembekal bahan global bagi industri pemasangan elektronik dan pembungkusan semikonduktor yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), iaitu Indium Corporation untuk mengembangkan operasi mereka di negara ini.

Ini susulan pembukaan sebuah fasiliti kilang dengan nilai pelaburan mencecah RM250 juta di kawasan seluas kira-kira 37,500 kaki persegi (3,483 meter persegi) di Taman Perindustrian Batu Kawan (BKIP), di sini.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Indium Corporation, Ross Berntson, pembinaan fasiliti terbaharu itu sekali gus membuktikan komitmen syarikat berkenaan dalam menjalankan perniagaan mereka selama lebih empat dekad di Malaysia.

Katanya, dengan adanya kemudahan tersebut, pihaknya mampu untuk memberi lebih sokongan terhadap pelanggan terutamanya dalam bidang automotif, semikonduktor, elektronik kuasa, e-mobiliti dan perkomputeran termasuk di pasaran lain yang berkaitan.

“Ketika ini,…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version