PETALING JAYA – Fonterra Brands Malaysia (Fonterra) melalui jenama popularnya, Anlene melancarkan kempen pendidikan sempena Hari Osteoporosis Sedunia 2021, yang jatuh pada 20 Oktober setiap tahun.
Pengarah Pembangunan Produk Baharu, Hal Ehwal Saintifik Pematuhan, Fonterra, Megawati Suzari berkata, melalui kempen tersebut, pihaknya mahu mengetengahkan mengenai kesihatan tulang dan risiko tulang menjadi semakin lemah bagi individu yang berusia awal usia 30-an.
Menurut beliau, bagi melambatkan proses tersebut, masyarakat perlu melakukan intervensi gaya hidup agar tulang dapat memberi sokongan kepada gaya hidup yang aktif beserta pergerakan yang baik sehingga mencapai ke usia emas.
“Orang dewasa boleh menjaga kesihatan tulang mereka dengan melakukan senaman berkala untuk membina otot dan mengekalkan tulang yang kuat.
“Mereka juga digalakkan untuk mengamalkan diet seimbang yang mengandungi zat-zat penting seperti kalsium, vitamin D dan protein,” katanya dalam kenyataan.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: