Site icon Kool FM

Individu Dedah Lukisan Beruang Matahari Tahun Melawat Malaysia 2026 ‘Asli’ & Milik Ayahnya


Malah, dia turut menunjukkan proses awal penghasilan beruang matahari tersebut. Ini selepas netizen berkenaan masih tidak berpuas hati dengan bukti yang dikemukakan.

Netizen itu berkata: “Kami sebenarnya sangat sukakan rekaan ini, jadi ada bukti tak yang ianya bukan janaan AI, tolong kongsi, malangnya, meletakkan beberapa helaian rekaan di atas meja kamu tidak dapat membuktikan apa apa.”

Anak pelukis itu kemudiannya membalas dengan menunjukkan tangkap layar perbualan dengan ayahnya menunjukkan proses rekaan awal beruang terbabit.

Dalam pada itu, ramai netizen memuji maskot tersebut sebagai sangat cantik dan menarik. Tidak kurang juga yang meminta agar dikeluarkan cenderamata berupa plushie comel.

Ada yang kagum dengan bakat pelukis itu yang menggabungkan teknik lukisan tradisional dengan moden – menerusi binaan model 3D di komputer.



Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version