Menerusi video di akaun TikTok @mufarizam, kelihatan seorang lelaki telah membuka booth kecil di sebuah bazar Ramadan berdekatan Taman Yayasan, Johor.
Di dalam video itu, lelaki berkenaan mahu memberikan sumbangan baju-baju Melayu terpakainya untuk disedekah kepada mereka yang memerlukan secara percuma sahaja.
Selain baju Melayu, dia juga turut memberikan jubah dan samping secara percuma. Tindakannya itu mendapat pujian ramai sehingga ada yang mahu menyertainya melakukan perkara tersebut.
Difahamkan, dia akan membuka booth di beberapa kawasan bazar Ramadan sekitar negeri Johor.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: