Seorang individu berkongsi rasa teruja dan kagum apabila berkesempatan bertemu secara bersemuka dengan aktor popular, Fattah Amin.
Artikel Berkaitan: Fatima Panggil Fattah Amin ‘Ustaz Daddy’ Ketika Mengaji
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Apa Yang Saya Buat, Yakin Betul & Bersebab’ – Fattah Amin
Fattah Amin dipuji

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, seorang pengguna Threads meluahkan rasa kagum terhadap kulit wajah Fattah atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd Amin, yang kelihatan bersih dan mulus tanpa sebarang cela.
Selain itu, individu terbabit turut terkesima dengan ketinggian aktor berusia 35 tahun itu yang dilihat seiring dengan ketampanan wajahnya.
Jumpa Fattah Amin, bersihnya kulit dia. Putih melepak.
Terkesima sangat, dah la tinggi.
Reaksi netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju bahawa suami kepada pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu memiliki rupa paras berseri-seri.
Sumber: Threads @esanadzrah
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: