Site icon Kool FM

Indonesia Berjaya Ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026

Indonesia


 Indonesia cipta sejarah baharu dalam bola sepak mereka apabila berjaya mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Filipina 2-0 di Stadium Gelora Bung Karno.

Ini bermakna mereka juga layak secara automatik ke Piala Asia 2027 selepas meraih 10 mata selaku naib juara Kumpulan F bersama Iraq.

Baca Juga:

Mereka menurunkan barisan yang dibarisi oleh pemain dari luar negara seperti Oratmagoen, Nathan Tjoe A On, Jay Idzes, Struick, Justin Hubner dan Calvin Verdonk.

Kehadiran pemain warisan dan naturalisasi yang berkualiti ternyata telah banyak membantu mengubah corak permainan mereka di pentas antarabangsa.

Ia dapat dibuktikan apabila pemain kelahiran Belanda, Thom Haye menjaringkan gol pertama pada minit ke 32 menerusi rembatan dari luar kotak…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version