Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Indonesia Lakar Kejutan Mara Ke Separuh Akhir

today26 April 2024

Background
Indonesia vs Korea Selatan


Indonesia terus mencipta kejutan luar biasa apabila menewaskan Korea Selatan menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat 2-2 untuk mara ke separuh akhir Piala Asia B-23 (Bawah 23 tahun) di Qatar.

Ia adalah perlawanan yang cukup dramatik dan sudah pasti menjadi bualan peminat bola sepak dari seluruh Asia.

Baca Juga:

Keputusan itu bermakna Indonesia kini tinggal selangkah lagi  mencapai cita-cita beraksi di Sukan Olimpik 2024 dalam acara bola sepak.

Hanya tiga pasukan terbaik di Piala Asia B-23 akan mara secara automatik ke Sukan Olimpik 2024 sementara pasukan keempat akan mengharungi ‘play-off’ menentang wakil Afrika, Guinea.

Ketika perlawanan tersebut, skuad kendalian Shin Tae-yong itu mempamerkan corak permainan menarik dan tidak memberikan ruang kepada Korea Selatan untuk menyerang.

Pada minit ke 15, Stadium Abdullah Bin Khalifa bergegar dengan sorakan ribuan penyokong Indonesia apabila Rafael Struick menjaringkan gol…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post

Hiburan Semasa

Zahid nafi fitnah syarikat

Kuala Lumpur: “Saya tidak memburukkan nama syarikat itu, sebaliknya cuma mempersoalkan tahap keselamatan mereka yang lemah,” kata penyanyi, Zahid ketika diminta mengulas dakwaan pihak Touch n’ Go (TNG) eWallet dia memburukkan reputasi dan memfitnah syarikat berkenaan. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today26 April 2024