Site icon Kool FM

Indonesia Merajuk Dengan Apple, Tolak Tawaran Pelaburan Kali Ke-2 Bernilai RM450 Juta


Kerajaan Indonesia baru-baru ini menolak tawaran pelaburan bernilai USD100 juta (kira-kira RM450 juta) daripada gergasi teknologi Amerika Syarikat, Apple, lapor Asumsi.

Menurut jurucakap Kementerian Perindustrian Indonesia (Kemenperin), Febri Hendri Antoni Arief, nilai pelaburan yang ditawarkan itu dianggap tidak setimpal dan tidak adil jika dibandingkan dengan pelaburan Apple di negara-negara Asia Tenggara lain seperti Vietnam dan Thailand.

Febri menjelaskan bahawa walaupun jumlah tersebut kelihatan besar, ia jauh lebih kecil berbanding pelaburan Apple di Vietnam, yang mencecah USD15.8 bilion (sekitar RM74 bilion), atau kira-kira 200 kali ganda lebih tinggi daripada tawaran kepada Indonesia.

“Kami menilai bahawa tawaran pelaburan sebanyak USD100 juta ini tidak adil untuk Indonesia jika dibandingkan dengan negara lain seperti India, Vietnam, dan Thailand.

“Ia tidak mencerminkan keadilan, terutama apabila kita bercakap tentang keperluan untuk…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version