Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Indonesia potensi pasaran untuk IHH

today28 May 2024

Background


KUALA LUMPUR – IHH Healthcare Berhad (IHH) melihat Indonesia kekal sebagai pasaran menarik untuk rancangan pengembangannya mengambil kira perubahan peraturan dan liberalisasi dari segi pengambilan doktor di negara itu yang dianggap baik untuk industri.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dr. Prem Kumar Nair berkata, antara faktor yang menghalang syarikat penjagaan kesihatan asing untuk berkembang ke Indonesia adalah dari segi ketersediaan doktor

“Di bawah pentadbiran dan Menteri Kesihatan yang baharu, Indonesia dilihat melakukan liberalisasi dari segi pengambilan doktor dengan membuka pendaftaran perubatan untuk doktor asing.

“Ini menarik kehadiran doktor bukan hanya dari negara luar seperti Australia, malah doktor dari Indonesia sendiri yang mendapat latihan di luar negara.

“Bagi saya ia satu perkembangan positif, namun kita perlu melihat bagaimana ini dapat diterjemahkan kepada sektor penjagaan kesihatan swasta di sana,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Kosmo


Previous post