Malaysia dan Singapura menjadi punca kepada negara Indonesia tidak berdaya maju dalam industri semikonduktor menurut dakwaan Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia, Airlangga Hartarto.
“Singapura dan Malaysia tidak senang melihat industri itu berkembang di Indonesia, makanya mereka memberi tekanan kepada kita dengan membuat ‘bising’ menggunakan badan bukan kerajaan, supaya kita tidak berjaya dalam industri semikonduktor, ini realitinya,” kata Airlangga dalam satu ucapan sempena seminar ekonomi.
Beliau malah menambah lagi, Indonesia sudah hampir berjaya dalam industri tersebut tapi ia tidak bertahan lama selepas pelabur-pelabur antarabangsa mula berpindah ke Malaysia.
“Sejak itu Malaysia telah menjadi kuasa besar dalam industri semikonduktor di Asia Tenggara,” katanya lagi
Menurut catatan Kementerian Perindustrian, Indonesia pernah memiliki kilang pembuatan industri semikonduktor pada tahun 1973.
Industri komponen cip…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: