Skuad muda Indonesia hanya tinggal selangkah lagi untuk beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 selepas mengejutkan pasukan pilihan, Korea Selatan pada aksi suku akhir Piala Asia B-23.
Justeru itu, mereka hanya memerlukan kemenangan ke atas Uzbekistan di separuh akhir malam ini untuk mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik selepas 68 tahun.

Baca Juga:
Pengendali skuad itu, Shin Tae-yong yakin dengan kemampuan anak buahnya walaupun Uzbekistan merupakan lawan yang sukar dan belum bolos dalam 4 perlawanan setakat ini.
“Saya sudah kaji bagaimana mereka boleh menjaringkan 12 gol dan tidak bolos setakat ini. Salah satunya, mereka mampu menyerang dan turun bertahan dengan sangat cepat.
“Ini yang menjadi faktor kekuatan Uzbekistan. Kita akan hadapinya dan berpotensi untuk menang. Saya tidak boleh bercerita dengan lebih lanjut sebab itu adalah rahsia,” jelas Shin Tae-yong dipetik dalam laman web PSSI.
🦅 Kita terlahir pada saat yang tepat…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
