Site icon Kool FM

Indonesia Tambah Seorang Lagi Pemain Kacukan Belanda

Indonesia


Skuad kebangsaan Indonesia terus diperkuatkan oleh pemain kacukan dari Belanda dimana baru-baru ini seorang pemain sah beraksi bersama pasukan itu.

Pemain yang dimaksudkan ialah Kevin Diks dimana pemain pertahanan itu beraksi bersama FC Copenhagen dalam saingan Liga Denmark musim ini.

Baca Juga:

Ketua Umum Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) iaitu Erick Thohir baru-baru ini memuat naik gambar beliau bersama Kevin selepas mengadakan makan malam bersama pemain itu.

Menurut laman Instagram Erick, beliau mengucapkan selamat datang kepada Kevin dan perkara ini bermakna pemain berusia 28 tahun itu menjadi senjata baharu skuad Garuda.

Sama seperti kenanyakan pemain warisan yang lain, Kevin memiliki kaitan dengan Indonesia menerusi ibunya yang dilahirkan di Pulau Maluku.

“Ibu bapa kepada ibu saya dilahirkan di Pulau Maluku tepatnya kota Ambon dan mereka kemudian pindah ke Belanda untuk mencari kehidupan yang lebih baik selepas perang,”

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version