KUALA TERENGGANU – Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (Permint) bakal membangunkan industri berasaskan batu kuarza di Kawasan Perindustrian Bandar Baharu Cheneh (Tambahan), Kemaman, yang dijangka mula beroperasi pada tahun hadapan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permintz, Wan Adnan Wan Derahman berkata, projek di kawasan seluas kira-kira 28.76 hektar itu melibatkan kerjasama dengan Xinda Development Sdn. Bhd., iaitu subsidiari konglomerat dari China, New Zhong Yuan Group.
Katanya, kerjasama itu membolehkan sebuah kilang memproses batu kuarza dibina dengan kos kira-kira RM600 juta.
“Nilai pelaburan pembangunan industri berasaskan batu kuarza oleh Xinda Development berjumlah RM2.5 bilion dan ia termasuk pemindahan teknologi terkini pengeluaran batu kuarza,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menandatangani perjanjian pajakan tanah bagi pembangunan projek tersebut dengan Naib Presiden New Zhong Yuan Group, Wen Debiao.
Perjanjian pajakan tanah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: