PETALING JAYA – Malaysia Retail Electronic Cigarette Association (MRECA) menggesa kerajaan mengkaji semula polisi Dasar Penamat Generasi (GEG) yang diperuntukkan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dibentangkan untuk bacaan pertama dalam sesi Parlimen, yang mana ia akan melarang sesiapa yang dilahirkan selepas 1 Januari 2007 untuk menggunakan vape.
Presidennya, Datuk Adzwan Ab Manas berkata, rang undang-undang tersebut bukan sekadar melarang penjualan kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 1 Januari 2007 malah sesiapa yang dilahirkan selepas tarikh tersebut juga tidak dapat bekerja dalam mana-mana kedai atau syarikat yang menjual atau mengedar produk vape.
“Ini adalah sesuatu yang akan membebankan pemain industri dalam urusan mencari pekerja,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Adzwan menerangkan, RUU tersebut menyentuh beberapa tafsiran yang menyamakan rokok dan vape walaupun kedua-kedua produk tersebut adalah berbeza.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
